7.22.2009

kem Aspirasi NUSA 17-19 Julai 2009

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada tuhan kerana telah megizinkan NUSA untuk melaksanakan program yang pertama bagi semester Julai - November 2009 ini dengan jayanya. Pada 17-19 Julai 2009 yang lalu, NUSA telah menjalankan program Kem Aspirasi NUSA 2009 yang diadakan di Kem An-Naim, Hulu Langat, Selangor. Kem ini merupakan kem tahunan yang dianjurkan khusus pelajar semester satu program kejururawatan UiTM.

Program ini berlansung selama 3 hari 2 malam dengan beberapa pengisian LDK, ceramah dan juga aktiviti team-building. Peserta kali ini seramai 250 orang iaitu 216 orang pelajar semester 1 diploma dan ijazah kejururawatan, 21 orang fasilitator, 16 orang ajk dan 4 orang staf pengiring.

Pada hari pertama, para peserta dibahagikan kedalam kumpulan kecil menjadi 21 kumpulan, dan setiap 3 kumpulan membentuk satu kumpulan perpaduan mengikut warna. Terdapat 7 kumpulan perpaduan iaitu kumpulan A=oren,B=hijau,C=kuning,D=ungu,E=merah,F=pink dan G=putih.

Gambar-gambar kumpulan :-
Kumpulan A = Oren


Kumpulan B = hijau
Kumpulan C= kuning

Kumpulan D= ungu
Kumpulan E= Merah
Kumpulan F= Pink

Kumpulan G= Putih

Antara aktiviti yang dijalankan ialah :-

1. LDK
2. Ceramah Motivasi Bersama Ust. Hazrizal
3. Nightwalk
4. Senam robik,
5. Perkongsian Pengalaman Bersama Matron
6. Blind Fool
7. Jungle Tracking


ldk
ldk
ceramah ust. hasrizal
night walk
senam robik
perkongsian bersama Matron Faridah
blind fool
jungle tracking

Secara keseluruhan kem ini merupakan kem yang terbaik pernah dianjurkan dalam 3 tahun ini, walaupun terdapat sedikit masalah, namun semuanya dapat diatasi dengan baik. kerjasama antara fasilitator dan ajk sangat baik dan perjalanan aktiviti yang ditetapkan dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. syabas kepada semua jawatankuasa yang menjayakan program ini.

Diharap NUSA akan terus maju tahun demi tahun untuk kebaikan kerjaya kejururawatan ini.





Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Tangan Yang Menerima


Bersama-sama Mencari Erti Kehidupan Dengan Memberi

7.06.2009

Permulaan Semester Baru


Salam alaikum,

Hari ini bermulalah sesi kuliah bagi semester baru Julai - November 2009, penulis mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar baru program kejururawatan UiTM yang telah berjaya menjejakkan kaki ke Menara Gading ini.

Sesungguhnya kursus kejururawatan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng, jika kita terleka kita akan terus tergelincir dan tersasar daripada matlamat kejayaan yang kita impikan. oleh itu, dipermulaan semester ini marilah kita sama-sama memasang azam dan tekad yang kuat untuk berjaya dengan cemerlang.

selamat maju jaya untuk semua, salam alaik

Muhamad Firdaus Ibrahim
Pelajar Tahun Akhir
ISM Kejururawatan UiTM