7.06.2009

Permulaan Semester Baru


Salam alaikum,

Hari ini bermulalah sesi kuliah bagi semester baru Julai - November 2009, penulis mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar baru program kejururawatan UiTM yang telah berjaya menjejakkan kaki ke Menara Gading ini.

Sesungguhnya kursus kejururawatan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng, jika kita terleka kita akan terus tergelincir dan tersasar daripada matlamat kejayaan yang kita impikan. oleh itu, dipermulaan semester ini marilah kita sama-sama memasang azam dan tekad yang kuat untuk berjaya dengan cemerlang.

selamat maju jaya untuk semua, salam alaik

Muhamad Firdaus Ibrahim
Pelajar Tahun Akhir
ISM Kejururawatan UiTM

0 comments:

Post a Comment

Type Your Comment Here