Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

7.06.2009

Permulaan Semester Baru


Salam alaikum,

Hari ini bermulalah sesi kuliah bagi semester baru Julai - November 2009, penulis mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar baru program kejururawatan UiTM yang telah berjaya menjejakkan kaki ke Menara Gading ini.

Sesungguhnya kursus kejururawatan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng, jika kita terleka kita akan terus tergelincir dan tersasar daripada matlamat kejayaan yang kita impikan. oleh itu, dipermulaan semester ini marilah kita sama-sama memasang azam dan tekad yang kuat untuk berjaya dengan cemerlang.

selamat maju jaya untuk semua, salam alaik

Muhamad Firdaus Ibrahim
Pelajar Tahun Akhir
ISM Kejururawatan UiTM

12.30.2008

Semester Baru Azam Baru

S
alam alaik, apa khabar semua pelajar kejururawatan, hari ni bermulalah kelas bagi semester baru, semestinya semester yang lepas meninggalkan banyak kenangan samada yang pahit,manis, tawar, masin dan yang sewaktu dengannya.

Bagi para pelajar yang tersenarai untuk anugerah dekan(AD), tahniah diucapkan dan kepada diri ini dan kawan-kawan yang masih belum merasai manisnya AD, sama-sama kita tingkatkan usaha semester ini :-)

bersempena dengan Tahun baru 1430 Hijrah, saya ucapkan salam Maal Hijrah, sama-sama lah kita berhijrah kearah yang lebih baik berbanding tahun yang lalu baik dari segi hubungan sesama manusia, kerjaya, dan yang paling utama hubungan kita dengan Allah. Sesungguhnya apabila rapat dan dekat hubungan kita denganNYA, DIA akan mendekatkan hati kita dengan hamba-hambanya yang lain.

sesungguhnya, Tahun baru,semester baru perlulah diikuti dan disusuli dengan azam yang baru, maka saya menyeru diri saya juga kawan-kawan semua untuk sama-sama menjayakan azam berikut:-

Aku berazam untuk :-

1. Menjadi hamba yang mentaati suruhan dan larangan ALLAH sehabis kemampuanku
2. Menjadi anak yang mentaati segala perintah IbuBapa ku
3. Menjadi pelajar yang mentaati ajaran guru-guru ku
4. Menjadi kawan yang menyenangkan hati teman di sekeliling ku

Ya Allah, Engkau lah tuhan MAHA Perencana, bantulah aku dalam melaksanakan azamku,berilah daku kekuatan untuk menempuhi cabaran dan halangan yang telah engkau aturkan,kentalkan lah iman ku dalam menghadapi ujiaMu,YA ALLAH, Tuhan yang membolak-balik kan hati-hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMU dan dalam mentaatiMU,ameen ya Rabbal A'lameen.

Jangan Takut Memberi Komen Dan Pandangan, Kerana Itu Menjadi Ukuran Kehebatan Diri Anda