12.14.2009

Nursing Student Seminar 2009



Salam alaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kesempatan dan peluang kepada para pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda kejururawatan untuk menganjurkan satu seminar bagi meningkatkan lagi kesedaran para pelajar dan juga kakitangan kejururawatan berkenaan isu semasa didalam bidang kejururawatan ini.

Seminar yang diadakan pada 14 Disember 2009 ini bermula daripada 8.30 pagi sehingga 5 petang dengan tajuk pembentangan " Current Nursing Practice: Bridging The Gap Between Theory and Practice". Seminar ini telah mengumpulkan lebih 190 orang peserta daripada UiTM, PPUM, Masterskill University College of Health Sciences, SEGI University College and Reach College.

Seminar yang julung kali diadakan ini telah menampilkan tiga penceramah yang cukup berpengalaman, berwibawa dan telah banyak berjasa di dalam bidang kejururawatan ini. Penceramah yang pertama ialah Matron Dasimah daripada Lembaga Jururawat Malaysia, penceramah yang kedua Prof. Madya Dr. Faridah Hashim selaku Ketua Jabatan Kejururawatan UiTM, dan penceramah yang ketiga ialah Adjunc. Prof. Siti Rabikhatun daripada UKM.

Ketiga-tiga penceramah telah memberi gambaran yang jelas kepada para peserta berkenaan tajuk yang dibincangkan bermula dengan definisi, faktor kewujudan permasalahan tersebut serta beberapa cadangan untuk pembaikan bagi mengurangkan masalah tersebut peringkat demi peringkat mengikut kemampuan.

Majlis kemudiannya dihiasi dengan perbincangan terbuka pada sesi forum bagi memberi peluang kepada semua peserta untuk menyatakan pendapat ataupun persoalan yang terbit hasil daripada input yang diberikan oleh tiga orang penceramah sebelum ini. Forum tersebut menampilkan wakil daripada pelajar, klinikal instruktor dan juga pensyarah sebagai ahli panel.

Program akhirnya disempurnakan dengan penyampaian sijil kepada setiap wakil peserta dan cabutan bertuah. Semoga apa yang diperolehi sepanjang program tersebut dapat dimanfaatkan untuk terus menjamin kecemerlangan bidang kejururawatan.

Nursing Student Seminar 2009 :
"Current Nursing Practice: Bridging The Gap Between Theory and Practice"

Pendaftaran


Perasmian


Matron Dasimah


Prof. Madya Dr. Faridah Hashim

Adjunc. Prof. Siti Rabikhatun
Forum


Forum2
Forum3


Penyampaian Sijil













0 comments:

Post a Comment

Type Your Comment Here