4.09.2009

Penutupan Akaun Friendster NUSA dan NUSA Group

K
epada semua Ahli NUSA .. dukacita dimaklumkan..profile friendster NUSA akan dihapuskan, begitu juga dengan group NUSA didalam friendster..walaubagaimana pun, blog NUSA masih lagi berfungsi dan penambahan FORUM telah dilakukan untuk memudahkan semua ahli NUSA khususnya dan seluruh pelajar kejururawatan amnya berkomunikasi dan berbincang di dalam laman forum tersebut harap maklum..
Laman blog NUSA:-
http://nusauitm.blogspot.com/
Laman forum :- Student Nurse Forum


sila copy n paste dalam bulletin masing dan sebarkan kepada semua ahli NUSA.



Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Tangan Yang Menerima


Bersama-sama Mencari Erti Kehidupan Dengan Memberi

4.03.2009

Jadi Penulis Di Blog NUSA

Salam alaik,
kepada rakan2 student nurse uitm kat luar sane, anda dijemput untuk menyumbangkan sebarang penulisan anda di blog ini samada berkaitan kesihatan, kejururawatan, puisi, cerpen dan apa2 sahaja yang anda rasakan best untuk dikongsi.

masukkan email nama dan email anda di bahagian comment artikel ni untuk mendaftar sebagai penulis blog NUSA


Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Tangan Yang Menerima

12.30.2008

Semester Baru Azam Baru

S
alam alaik, apa khabar semua pelajar kejururawatan, hari ni bermulalah kelas bagi semester baru, semestinya semester yang lepas meninggalkan banyak kenangan samada yang pahit,manis, tawar, masin dan yang sewaktu dengannya.

Bagi para pelajar yang tersenarai untuk anugerah dekan(AD), tahniah diucapkan dan kepada diri ini dan kawan-kawan yang masih belum merasai manisnya AD, sama-sama kita tingkatkan usaha semester ini :-)

bersempena dengan Tahun baru 1430 Hijrah, saya ucapkan salam Maal Hijrah, sama-sama lah kita berhijrah kearah yang lebih baik berbanding tahun yang lalu baik dari segi hubungan sesama manusia, kerjaya, dan yang paling utama hubungan kita dengan Allah. Sesungguhnya apabila rapat dan dekat hubungan kita denganNYA, DIA akan mendekatkan hati kita dengan hamba-hambanya yang lain.

sesungguhnya, Tahun baru,semester baru perlulah diikuti dan disusuli dengan azam yang baru, maka saya menyeru diri saya juga kawan-kawan semua untuk sama-sama menjayakan azam berikut:-

Aku berazam untuk :-

1. Menjadi hamba yang mentaati suruhan dan larangan ALLAH sehabis kemampuanku
2. Menjadi anak yang mentaati segala perintah IbuBapa ku
3. Menjadi pelajar yang mentaati ajaran guru-guru ku
4. Menjadi kawan yang menyenangkan hati teman di sekeliling ku

Ya Allah, Engkau lah tuhan MAHA Perencana, bantulah aku dalam melaksanakan azamku,berilah daku kekuatan untuk menempuhi cabaran dan halangan yang telah engkau aturkan,kentalkan lah iman ku dalam menghadapi ujiaMu,YA ALLAH, Tuhan yang membolak-balik kan hati-hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMU dan dalam mentaatiMU,ameen ya Rabbal A'lameen.

Jangan Takut Memberi Komen Dan Pandangan, Kerana Itu Menjadi Ukuran Kehebatan Diri Anda