12.30.2008

Semester Baru Azam Baru

S
alam alaik, apa khabar semua pelajar kejururawatan, hari ni bermulalah kelas bagi semester baru, semestinya semester yang lepas meninggalkan banyak kenangan samada yang pahit,manis, tawar, masin dan yang sewaktu dengannya.

Bagi para pelajar yang tersenarai untuk anugerah dekan(AD), tahniah diucapkan dan kepada diri ini dan kawan-kawan yang masih belum merasai manisnya AD, sama-sama kita tingkatkan usaha semester ini :-)

bersempena dengan Tahun baru 1430 Hijrah, saya ucapkan salam Maal Hijrah, sama-sama lah kita berhijrah kearah yang lebih baik berbanding tahun yang lalu baik dari segi hubungan sesama manusia, kerjaya, dan yang paling utama hubungan kita dengan Allah. Sesungguhnya apabila rapat dan dekat hubungan kita denganNYA, DIA akan mendekatkan hati kita dengan hamba-hambanya yang lain.

sesungguhnya, Tahun baru,semester baru perlulah diikuti dan disusuli dengan azam yang baru, maka saya menyeru diri saya juga kawan-kawan semua untuk sama-sama menjayakan azam berikut:-

Aku berazam untuk :-

1. Menjadi hamba yang mentaati suruhan dan larangan ALLAH sehabis kemampuanku
2. Menjadi anak yang mentaati segala perintah IbuBapa ku
3. Menjadi pelajar yang mentaati ajaran guru-guru ku
4. Menjadi kawan yang menyenangkan hati teman di sekeliling ku

Ya Allah, Engkau lah tuhan MAHA Perencana, bantulah aku dalam melaksanakan azamku,berilah daku kekuatan untuk menempuhi cabaran dan halangan yang telah engkau aturkan,kentalkan lah iman ku dalam menghadapi ujiaMu,YA ALLAH, Tuhan yang membolak-balik kan hati-hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMU dan dalam mentaatiMU,ameen ya Rabbal A'lameen.

Jangan Takut Memberi Komen Dan Pandangan, Kerana Itu Menjadi Ukuran Kehebatan Diri Anda

9.14.2008

Perisian Cover Balik Yang Ter'delete'

Salam alaik, rakan-rakan jururawat sekalian! pernahkah anda ter'delete' assignment, lagu,video dan lain-lain lagi yang amat penting kepada? dan anda tidak dapat mencari fail tersebut di dalam recyclebin. Pasti anda akan gelabah dan tak tentu arah memikirkan fail tersebut.

Di sini saya ingin kongsikan satu perisian yang mana sememangnya digunakan untuk mendapatkan kembali fail yang ter'delete' tadi.

Ada pelbagai perisian sebenarnya yang menawarkan perkhidmatan ini antaranya PC FILE RECOVERY, TUNE UP UTILITIES, DATA RECOVERY dan lain.

Jadi, apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah muat turun software-software dibawah ini yang anda suka dan INSTALL.

(click to download)

Pc-File-Recovery

Tune-up Utilities


ok, selamat mencuba.

8.31.2008

KEM ASPIRASI NUSA 2008

Salam alaik, makluman.. program KEM ASPIRASI NUSA 2008

- semua pelajar semester 1 kejururawatan wajib mengikuti kem ini.
- bayaran RM20 setiap orang ( bayaran hendaklah di buat kepada En. Firdaus (degree sem 5) @ Cik Dalilah (degree sem 3)selewat2nya 22 sept 2008.
- semua ketua kelas diminta mengambil perhatian
- para senior yang komited dengan tugasan adalah dijemput untuk menyertai kem tersebut. terdapat 60 kekosongan kepada senior yang berminat. bayaran penyertaan adalah sama. dan anda dianggap sebagai facilitator bersama pada program berkenaan.

MAKLUMAT PROGRAM

- TARIKH: 14,15 & 16 November 2008
- TEMPAT: KEM SRI RAUDHAH
- TENTATIF :

14 NOVEMBER 2008 (Jumaat)

1430 - 1500: Pelajar berkumpul di kolej Alamanda
1545 - 1600: Jangkaan ketibaan
Check in
1600 – 1830: Pembahagian kumpulan
Slot 1 “ice breaking”
Salam selamat datang (pihak kem)
1930 - 2030: Khidmat diri
Makan malam
Solat Maghrib
2030 - 2330: Slot 2 “ Night Walk”
2330- 2345 : Kudapan
2345 : Berehat

15 NOVEMBER 2008(Sabtu)

0530- 0700 : Khidmat diri
Solat Subuh berjemaah dan
Tazkirah subuh (Pihak Kem)
0700- 0730 : Senamrobik
0730- 0830 : Sarapan pagi
0830- 1030 : Ldk 1 “Passionism” ( kesedaran, tanggungjawab )
1100- 1300 : Ldk 2 ”Anda dan Organisasi” (Penerapan Nursingcentric)
1300- 1400 : Khidmat diri
Makan tengah hari dan
solat zohor
1415- 1615 : Slot 3 “Obstacle Course “( kerjasama )
1615- 1715 : Solat Asar
1715- 1830 : Persiapan diri
1830- 2000 : Makan malam
Solat maghrib berjemaah
2015- 2215 : Slot 3 “ malam kebudayaan “
2215- 2245 : Kudapan
2300 : Berehat




16 NOVEMBER 2008(Ahad)

0530- 0700 : Khidmat diri
Solat Subuh berjemaah
Tazkirah subuh (pihak kem)
0700- 0800 : Sarapan pagi
0815- 1030 : Slot 4 “ Jungle Tracking “ ( ketabahan, kecekalan )
1100- 1230 : Ldk 3 “Berpesan kepada 3 (muhasabah diri)
1230- 1400 : Khidmat diri
Makan tengahhari
Solat zohor
1500- 1530 : Penyampaian penghargaan
Salam selamat jalan (pihak kem)
1530 : Check out
Pulang ke kolej Alamanda


sebarang pertanyaan, hubungi en. firdaus 012-4971038/ en.sharul 013-3111397 :phonecry: