7.06.2009

Permulaan Semester Baru


Salam alaikum,

Hari ini bermulalah sesi kuliah bagi semester baru Julai - November 2009, penulis mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar baru program kejururawatan UiTM yang telah berjaya menjejakkan kaki ke Menara Gading ini.

Sesungguhnya kursus kejururawatan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng, jika kita terleka kita akan terus tergelincir dan tersasar daripada matlamat kejayaan yang kita impikan. oleh itu, dipermulaan semester ini marilah kita sama-sama memasang azam dan tekad yang kuat untuk berjaya dengan cemerlang.

selamat maju jaya untuk semua, salam alaik

Muhamad Firdaus Ibrahim
Pelajar Tahun Akhir
ISM Kejururawatan UiTM

5.24.2009

Selamat Bercuti

Salam alaik,
apa khabar semua warga nusa? em, cuti dah pun bermula, so selamat bercuti untuk semua. apa yang korang akan buat masa cuti macam ni? baca buku? keluar berjalan-jalan? atau hanya memerap dekat rumah je?
:smoke:erm, cuti ni aku tak balik lama, seminggu je kat kg. itu pun awal bulan Jun baru balik, aku tak rindu dekat family? em, bukan tak rindu,tapi tugas yang ada perlu diselesaikan juga walau apa pun yang berlaku. Buka je sem nanti, akan ada program orientasi untuk para pelajar baru dekat Puncak Alam, then minggu ketiga bulan Julai nanti, para pelajar baru Kejururawatan akan mengikuti program orientasi dalaman pula selama 3 hari 2 malam di Kem An-Naim, hulu Langat.

semoga segala yang dirancang nanti berjalan dengan lancar,ameen

Type rest of the post here

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Tangan Yang Menerima


Bersama-sama Mencari Erti Kehidupan Dengan Memberi

4.09.2009

Penutupan Akaun Friendster NUSA dan NUSA Group

K
epada semua Ahli NUSA .. dukacita dimaklumkan..profile friendster NUSA akan dihapuskan, begitu juga dengan group NUSA didalam friendster..walaubagaimana pun, blog NUSA masih lagi berfungsi dan penambahan FORUM telah dilakukan untuk memudahkan semua ahli NUSA khususnya dan seluruh pelajar kejururawatan amnya berkomunikasi dan berbincang di dalam laman forum tersebut harap maklum..
Laman blog NUSA:-
http://nusauitm.blogspot.com/
Laman forum :- Student Nurse Forum


sila copy n paste dalam bulletin masing dan sebarkan kepada semua ahli NUSA.



Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Tangan Yang Menerima


Bersama-sama Mencari Erti Kehidupan Dengan Memberi