
Salam alaikum,
Hari ini bermulalah sesi kuliah bagi semester baru Julai - November 2009, penulis mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar baru program kejururawatan UiTM yang telah berjaya menjejakkan kaki ke Menara Gading ini.
Sesungguhnya kursus kejururawatan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng, jika kita terleka kita akan terus tergelincir dan tersasar daripada matlamat kejayaan yang kita impikan. oleh itu, dipermulaan semester ini marilah kita sama-sama memasang azam dan tekad yang kuat untuk berjaya dengan cemerlang.
selamat maju jaya untuk semua, salam alaik
Muhamad Firdaus Ibrahim
Pelajar Tahun Akhir
ISM Kejururawatan UiTM
erm, cuti ni aku tak balik lama, seminggu je kat kg. itu pun awal bulan Jun baru balik, aku tak rindu dekat family? em, bukan tak rindu,tapi tugas yang ada perlu diselesaikan juga walau apa pun yang berlaku. Buka je sem nanti, akan ada program orientasi untuk para pelajar baru dekat Puncak Alam, then minggu ketiga bulan Julai nanti, para pelajar baru Kejururawatan akan mengikuti program orientasi dalaman pula selama 3 hari 2 malam di Kem An-Naim, hulu Langat.
